JEMPUTAN KE MESYUARAT AGONG PIBG SK BALUN 2016

Semua warga SK Balun dan Ibu bapa / penjaga di jemput hadir ke Mesyuarat Agong PIBG 2016 di tetapan berikut:

Hari                    :  Khamis
Tarikh                 :  24 Mac 2016
Masa                  :  2:30 Petang
Tempat               :  Dewan SK Balun

MILO DATANG LAGI

Lori Milo datang lagi. Keterujaan warga SK Balun menceriakan suasana sekolah. Kesedapan rasa Milo yang dibancuh oleh kakitangan Milo membuatkan semua murid akan merindui kehadiran Lori Milo ke SK Balun.

Hari           :  Rabu
Tarikh        :  9 Mac 2016
Tempat      :  Kantin  SK Balun
Terima kasih. Nanti Datang Lagi.

Menikmati kesegaran milo ................. so awesome!

SOLAT GERHANA MATAHARI

Gerhana Matahari Separa boleh dilihat pada hari ini bermula pada 7.25 pagi dan berakhir pada 9.30 pagi. Waktu puncak gerhana boleh dilihat pada 8.25 pagi. Gerhana matahari ini hanya berlaku seketika sahaja. Langit dunia kelihatan gelap, suasana siang seperti malam.  Umat Islam dituntut untuk mengadakan solat sunat sempena Gerhana Matahari. Ia memberi keinsafan tentang kedatangan hari kiamat agar kita sentiasa memohon ampun kepada Allah.

Hari               :  Rabu
Tarikh           :  9 Mac 2016 (29 Jamadil Awal 1437)
Tempat         :  Masjid Kampung Balun
Cikgu Zalifah bersama-sama anak-anak murid perempuan melakukan
solat sempena gerhana matahari. 

 Gerhana Matahari membawa wardah keinsafan kepada umat manusia yang berfikir.
Barisan para guru menghayati dan mendengari dengan teliti kutbah gerhana matahari 
dengan tekun dan penuh penghayatan.

Imam Masjid Kampung Balun iaitu Encik Ashid bin Ali mengetuai 
Solat Gerhana Matahari pada hari ini. 


"Semoga kejadian Gerhana Matahari ini membenihkan rasa keinsafan pada diri setiap insan."
Mati itu benar, soalan nungkar nangkir dalam kubur adalah benar, bangun dari kubur  adalah benar, berkumpul dan berhimpun dipandang mahsyar adalah benar, syurga dan neraka adalah benar.

Bersediakan anda...... menghadapi kebenaran?



PROGRAM 3S PERINGKAT SK BALUN 2016

Program 3S Peringkat SK Balun 2016 telah dirasmikan oleh Puan Hajah Rahmah binti Nik (PK HEM). Program ini menerapkan nilai-nilai murni yang baik kepada setiap warga SK Balun. 3S bermaksud "senyum", "sapa", "salam".

Hari        :  Isnin
Tarikh    :  7 Mac 2016
Tempat   :  Tapak Perhimpunan SK Balun


 Puan Hajah Rahmah binti Nik.
Merasmikan Progaram 3S Peringkat SK Balun 2016


Model Lencana 3S  

 Senyum-senyum ... tak larat nak senyum dah...!!


Senyuman cikgu Shahir, Cikgu Shahrul Azman dan Ustaz Roshdi semanis air tebu.
So sweet......hihihi...!!


Senyum-senyum

PROGRAM PERANGI DENGGI PERINGKAT SK BALUN 2016

Wabak Denggi telah menular di sekitar Slim River.  Langkah pencegahan bermula dari murid-murid perlulah diterapkan dari awal.  Mencegah amatlah penting daripada mengubati. Program Perangi Denggi Peringkat SK Balun 2016 ini telah dirasmikan oleh Puan Hajah Rahmah binti Nik sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Balun.

Hari      :  Isnin
Tarikh  :  7 Mac 2016
Tempat:  Tapak Perhimpunan SK Balun








KEHADIRAN DARI SYARIKAT BLINK-BLINK

Kehadiran Robita membawa seribu kenangan kepada murid-murid SK Balun. Keterujaan melihat mahluk yang dinamakan Robita sungguh memberi impak yang menarik dan menceriakan suasana.  Kedatangan Syarikat Blink-Blink adalah untuk mempromosikan buku-buku cerita yang menarik.

Hari        :  Jumaat
Tarikh    :   4 Mac 2016
Tempat   :  Kantin SK Balun
Di atas: Pra Sekolah
Di bawah: Kelas Tahun 1

 Di atas :  Kelas Tahun 3
Di bawah :  Kelas Tahun 4

Di atas :  Kelas Tahun 5
Di bawah:  Kelas Tahun 6



Murid-murid Ceria...... Moga-moga Robita datang lagi ke SK Balun.




AKTIVITI PRA SEKOLAH

Aktiviti Pra Sekolah

Hari    :  Jumaat
Tarikh:   4 Mac 2016
Tempat: Pra Sekolah




AUDIO YASIN & AL-QURAN

YASSIN

Sila tunggu 15 saat utk audio bacaan boleh didengar

Download Surah Yassin

Download dalam bentuk MP3 di 4shared

1. Sheikh Mishary Rasheed Klik Sini

2. Ustaz Dzulkarnain Hamzah Klik Sini