AKTIVITI - CERAMAH ISRAJ MIKRAJ

Pada pagi ini Ceramah Israj Mikraj telah disampaikan oleh Yang Berusaha Ustazah Rosliza binti Md Ramli.  Semua murid-murid SK Balun dikehendaki mendengar ceramah tersebut dengan berdisiplin dan tekun.

Hari                :  Jumaat
Tarikh             :  29 April 2016
Tempat           :  Pusat Sumber SK Balun
Masa               :  8.00 pagi - 9.00 pagi






DIALOG PRESTASI BERSAMA IBU BAPA MURID TAHUN 6 KALI KE 2

Dialog prestasi diadakan di antara guru, ibubapa dan murid bertujuan mengenalpasti tahap pencapaian semasa murid-murid.  Di harap dengan adanya sokongan daripada keluarga, murid-murid ini dapat memacukan lagi momentum usaha mereka untuk meraih 6A dalam UPSR kelak.

Hari              :  Khamis
Tarikh           :  28  April 2016
Masa             :  10.30 pagi -  12.00 tengah hari
Tempat         :  Pusat Sumber SK Balun

 Guru Besar SK Balun menyampaikan ucapan dan penerangan kepada
ibubapa yang hadir.

Begitu tekun ibu bapa mendengar dan melihat pencapaian anak-anak mereka.

Tekun mendengar penerangan.

Guru-guru membentangkan laporan prestasi anak-anak murid mereka
 kepada ibubapa yang hadir.


PENGUMUMAN DIALOG PRESTASI BERSAMA IBU BAPA MURID TAHUN 6

Ibu bapa dan penjaga murid tahun 6 SK Balun dijemput untuk bersama-sama membincangkan tentang cara  untuk memacu kejayaan anak-anak didik SK Balun.

Hari         :  Khamis
Tarikh      :  28 April 2016
Masa        :  10.30 pagi - 11.30 pagi
Tempat     :  Kelas Tahun 6

AKTIVITI - PERSATUAN PUTERI ISLAM

Pada minggu ini Persatuan Puteri Islam telah membuat aktiviti memasak agar-agar milo. Murid-murid dibahagikan kepada 3 kumpulan. Selain daripada itu, setiap kumpulan menyediakan serangkap pantun untuk mempromosikan agar-agar milo yang mereka telah masak.

Hari               :  Rabu
Tarikh            :  27  April 2016
Tempat          :  SK Balun

Ustazah Rosliza memantau aktiviti murid

Ketua kumpulan dikehendaki membacakan
langkah-langkah untuk membancuh agar-agar.

Cikgu Aliza memastikan dapur gas berfungsi dengan baik.

Hati-hati yea, panas tuuuu!!!

Semerbak wangi, bau agar-agar milo yang telah dimasak.

PERTANDINGAN NASYID PERINGKAT NEGERI PERAK 2016

SK Balun telah diberikan kepercayaan untuk menjadi wakil daerah Batang Padang untuk memasuki Pertandingan Nasyid Peringkat Negeri. Pertandingan ini telah dianugerahan Saguhati dan Sijil. Pertandingan ini telah di adakan pada:

Hari           :  Sabtu
Tarikh       :  23 April 2016
Tempat      :  SMK Bukit Mercu

AKTIVITI - KELAB SAINS DAN MATEMATIK SK BALUN 2016

Bumi dan Keindahan Flora dan Fauna perlulah dijaga dengan baik. Pada hari ini, murid diajar cara untuk menyemai sayur sayuran dan merumput. Oleh kerana sekarang adalah musim panas Elnino, murid-murid hanya membuat aktiviti dikawasan teduh.

Hari            :  Rabu
Tarikh         :  20 April 2016
Tempat       :  Tapak Semaian SK Balun

 Semua murid memerhatikan. Kumpulan murid lelaki membancuh baja untuk semaian 
hidroponik iaitu sayuran sawi.

 Murid menunjukkan hasil semaian yang telah dilakukan iaitu semaian pokok salad.

Kumpulan Murid lelaki menunjukkan cara menuai menggunakan kaedah hidorponik

PERTANDINGAN MEWARNA BERSAMA PNB

Pada hari ini, semua murid-murid SK Balun telah dimenghadari Pertandingan Mewarna Bersama PNB di Stadium Mini Tapah. Mereka telah diiringi oleh  Puan Hajah Rahmah binti Nik (PK HEM), Puan Nabilah binti Mohamad Rozali (Guru Pra Sekolah) dan Puan Afidah binti Othman (Pembantu Murid Pra Sekolah). Tujuan pertandingan ini adalah untuk mendedahkan murid dengan aktiviti luar sekolah.

Hari             :  Jumaat
Tarikh          :  22 April 2016
Tempat        :   Stadium Mini Tapah

 Guru Pengiring Murid Pra Sekolah 

 Suasana Pertandingan Mewarna Bersama PNB

 Tekun, 
Murid Pra SK Balun.

LAWATAN PEMERIKSAAN KESIHATAN

Pihak Klinik Komuniti Slim River telah membuat lawatan kesihatan ke SK Balun. Ia bertujuan memantau penjagaan diri murid-murid PRA sekolah dan murid-murid di tahun 1 ,selain daripada memberikan suntikan untuk murid tahun 1

Hari    :  Selasa
Tarikh :  19 April 2016
Tempat : SK Balun
Murid-murid tekun mendengar penerangan yang disampaikan oleh
jururawat yang bertugas

Takut!!
 Itulah perkataan yang diluahkan oleh murid-murid yang bakal menerima rawatan.

AKTIVITI - PRA SEKOLAH

Kemahiran psikomotor. Murid-murid belajar membuat roti sardin.

Hari       :  Jumaat
Tarikh    :  15  April 2016
Tempat   :  Pra Sekolah SK Balun


Hasil Aktiviti Guru , Pembantu Pra dan Murid Pra Sekolah.
Memang terasa sedap, rangup dan sungguh menyelerakan.

AKTIVITI KELAS -SAINS

Murid-murid telah membuat eksperimen sains. Ia bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid eksperimen yang terdapat  di dalam buku teks. Selain itu dengan aktiviti ini mereka dapat memantapkan kefahaman mereka tentang subjek atau topik yang sedang dipelajari.

Hari            :  Selasa
Tarikh         :  19  April 2016
Tempat       :  SK Balun

 Murid tahun 4 membuat eksperimen tentang
menyukat isipadu air berwarna

 Murid membuat eksperimen untuk mengetahui
warna yang bakal terjadi jika isipadu air tertentu di masukkan.

 Litar Elektrik telah dibuat oleh Murid-murid Tahun 5 secara santai 
semasa kelas tambahan

 Pembentangan berkumpulan oleh murid-murid tahun 6 tentang tajuk
"Sains Bahan"
Murid-murid tahun 6 yang terlibat di dalam persembahan berkumpulan


PERASMIAN BULAN MATEMATIK

Bulan Matematik ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Roslan bin Lee (Guru Besar SK Balun). Cikgu Shahir bin Busah telah melatih anak didiknya dari tahun 1 untuk membuat persembahan di tapak perhimpunan.

Hari                :  Isnin
Tarikh             :  18 April 2016
Tempat           : Tapak Perhimpunan
 Guru Besar SK Balun
Tn. Haji Roslan merasmikan Bulan Matematik


Cikgu Shahir memberikan ucapannya sempena 
Bulan Matematik


 Murid-murid tahun 1 telah diberikan kepercayaan
untuk melakukan persembahan sempena Bulan Matematik

KEM JAWI FASA 1 PERINGKAT SK BALUN

Kem Jawi ini diadakan bertujuan memantapkan penguasaan murid untuk menulis dan membaca jawi.

Hari            :  Sabtu
Tarikh         : 16 April 2016
Tempat       :  SK Balun

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2015

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk tahun 2015 telah dianugerahkan kepada Cikgu Nur Liyana binti Md. Said dan Cikgu Intan Azira binti Salehudin. Semoga dengan penganugerahan dapat menyuntik semangat untuk mendidik anak bangsa dengan lebih gigih di masa-masa akan datang.

Hari            :  Selasa
Tarikah       :  12 April 2016
Tempat       :   Sungai Klah Resort, Sungkai, Perak

Tahniah, kepada 
Cikgu Intan Azira dan Cikgu Liyana
"Semoga dengan penganugerahan ini, dapat memberikan lebih semangat
untuk memacu kejayaan anak-anak didik di SK Balun"

BULAN MATEMATIK SK BALUN 2016

Bulan Matematik ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Guru Besar SK Balun iaitu Tuan Haji Roslan bin Lee. Encik Shahir adalah Ketua Panitia Matematik telah melatih murid-murid tahun 1 membuat persembahan di tapak perhimpunan.

Hari       :  Isnin
Tarikh    :  18 April 2016
Tempat  :  Tapak Perhimpunan SK Balun

KEM JAWI PERINGKAT SK BALUN 2016 KALI PERTAMA

Kem Jawi diadakan bertujuan memantapkan penulisan jawi dikalangan murid-murid SK Balun.

Hari    : Sabtu
Tarikh : 16 April 2016
Tempat: SK Balun




BANTUAN PAKAIAN SERAGAM

Bantuan pakaian seragam telah disampaikan oleh Tuan Haji Roslan bin Lee, Guru Besar SK Balun. Kepada dua orang murid yang terpilih.

Hari                 :  Isnin
Tarikh              :  4  April 2016
Tempat            :  Tapak Perhimpunan


Pemberian bantuan kepada adik Zulkifli bin Ariffin


Pemberian bantuan kepada adik Muhammad Aizat bin Hairul

PEMBERITAHUAN SUKAN SK BALUN 2016

Sukan sekolah SK Balun telah ditunda di tarikh yang tertera di bawah. Ini adalah kerana faktor cuaca yang terlalu panas. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia mengarahkan semua aktiviti diluar kelas di batalkan.

Hari                  :  Ahad
Tarikh               :  24 April 2016
Tempat             :  Padang SK Balun

Semua hadirin dijemput hadir untuk memeriahkan lagi hari Sukan Tahunan SK Balun.

JEMPUTAN PROGRAM PENANDA ARAS KE PUTRAJAYA

Ibu bapa / Penjaga murid-murid tahun 4, tahun 5 dan tahun 6, amat digalakkan untuk menyertai lawatan sambil belajar ke SK Putrajaya Persint 11 (1) di Putrajaya. Ini adalah untuk menambahkan ilmu dan membuka minda setiap dari anggota rombongan tentang keperluan dan sarana yang perlu kita perolehi untuk kepentingan sekolah SK Balun.

Tarikh         :  25 April 2016
Hari            :  Isnin
Tambang     :  RM60 (Pengiring : Ibu bapa / penjaga )
                       RM40  (Murid tahap 2 dan tahap 1 SK Balun)

*segala pertanyaan boleh diutarakan kepada Ketua Lawatan iaitu En. Shahir bin Busah dan pembantunya  Puan Aliza Irani binti Mohd Ali di sekolah SK Balun.


SUKANTARA

Acara sebelum sukan telah dijalankan pada hari ini. Murid-murid kelihatan gembira dan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan mata untuk rumah sukan masing-masing.  Rumah sukan yang terdapat di SK Balun ialah rumah Biru, Kuning dan Merah.  Tema rumah sukan pada kali ini ialah bertemakan bank simpanan yang terdapat di Malaysia.

Hari                          :  Jumaat
Tarikh                       :  25 Mac 2015
Masa                         :  7:30  hingga 9:30 pagi
Tempat                      :  Padang Sekolah SK Balun        

MESYUARAT AGONG PIBG SK BALUN KALI KE 25

Mesyuarat Agong yang diadakan pada hari ini telah dirasmikan oleh YDH Toh Tan Dewa Sakti Dr. Haji Ghazali bin Abdul Wahab. Pada pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG SK Balun yang baru  telah sebulat suara melantik Encik Yazid bin Alias sebagai Yang Dipertua PIBG sesi yang baru ini dan jawatan Naib Yang Dipertua PIBG masih dikekalkan Puan Esah binti Ahmad.

Hari                             :  Khamis
Tarikh                          :  24 Mac 2016
Masa                            :  2:30 petang
Tempat                         :  Dewan SK Balun

.
Kehadiran YDH Toh Tan Dewa Sakti Orang Kaya 32 
Dr. Haji Ghazali bin Abdul Wahab.


Cenderahati buat YDH Toh tan Dewa Sakti daripada Guru Besar SK Balun


Guru Besar menjawab segala persoalan yang diacukan oleh para hadirin


Pembentangan kewangan PIBG
dan pembubaran AJK 2015
serta perlantikan AJK 2016


Kueh-kueh air kotak hihi... laris sungguh 
Guru Bertugas bahagian pendaftaran. 
Keceriaan anda mampu untuk menyejukkan cuaca yang panas.


SELAMAT  BERTUGAS GURU-GURU SK BALUN


AUDIO YASIN & AL-QURAN

YASSIN

Sila tunggu 15 saat utk audio bacaan boleh didengar

Download Surah Yassin

Download dalam bentuk MP3 di 4shared

1. Sheikh Mishary Rasheed Klik Sini

2. Ustaz Dzulkarnain Hamzah Klik Sini