ACARA SEBELUM SUKAN

Pihak sekolah mengadakan acara sebelum sukan ini, adalah untuk mengelakkan cuaca yang tidak menentu.  Masa yang diperuntukan untuk mengadakan acara sukan adalah terhad. Oleh sebab itu sukan perlulah dijalankan hanyalah 2 jam sahaja.






SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH BATANG PADANG DAN MUALLIM 2016

Sambutan Hari Guru Tahun 2016 ini julung-julung kalinya di sambut secara meriah oleh dua daerah iaitu Daerah Batang Padang dan Daerah Muallim.  SK Balun telah menghantar wakil ke Majlis Sambutan Hari Guru ini terdiri dari Tuan Haji Roslan bin Lee (GB), Cikgu Muhammad Nasir bin Haji Rasuli (PK KO), Encik Roshdi bin Muhammad, Puan Nabilah bt Mohd Rozali dan Puan Rosliza bt Ramli.  Sambutan ini telah diadakan pada:

Hari          :  Selasa
Tarikh       :  24 Mei 2016
Masa         :  2.00 petang
Tempat      : Dewan Seri Tanjong MDTM,
                     Bandar Behrang 2020
Perasmi     :  YBhg. Tuan Haji Rozi bin Puteh Ismail
                      Pengarah Pendidikan Negeri Perak



GAMBAR - SEPAGI DI PADANG

Para Pekerja SK Balun, Guru mahupun murid-murid membantu membersihkan sisa sisa sampah kering. Tujuannya agar sukan dapat dijalankan dengan teratur.

Hari                :  Selasa
Tarikh             :  24 Mei 2016
Tempat           :  Padang Sekolah

Cikgu Shahir membantu untuk memotong rumput





GOTONG ROYONG SK BALUN

Pihak PIBG SK Balun telah menganjurkan Gotong-royong di SK Balun. Aktiviti ini diadakan adalah untuk menceriakan kawasan sekolah dan menceriakan kelas-kelas yang terpilih agar memenuhi kriteria menyahut Kelas Alaf 21 yang dijayakan oleh Puan Hajjah Rahmah serta Puan Hajjah Dalilah beserta para guru dan Ibu bapa yang hadir.

Hari         :  Sabtu
Tarikh      :  21 Mei 2016
Masa       :  8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat     : SK Balun

Golongan bapa bekerjasama memotong pokok

a
Tuan Haji Roslan bersama 
MantanYDP PIBG Encik Zainuddin bin Ahmad Zaini

Kakitangan JPAM juga memberikan kerjasama
dalam menjayakan program Gotong Royong ini.
Terima kasih JPAM

Lokasi Kritikal bersebelahan kawasan sekolah
telah diketuai oleh Encik Nazri ( baju ungu) 
Pembersihan ini dijalankan untuk mengelakkan dan menghindarkan
kawasan tersebut menjadi habitat haiwan berbisa.


Perbincangan dikalangan  bapa.


Anggota JPAM dan bapa murid membersihkan kawasan
penebangan pokok

Kawasan koridor belakang sekolah ini telah diketuai oleh 
YDP PIBG SK Balun iaitu Encik Yazid bin Alias dan
dibantu oleh bapa murid dan guru.


SEPETANG BERSAMA PENCIL.MY

Sepetang bersama pencil.my sungguh memberi makna. Kami didedahkan kepada kebaikan penggunaan pencil.my di dalam dunia pengajaran dan pembelajaran maya. Terima kasih kepada pencil.my kerana telah memilih sekolah kami sebagai perintis pengguna yang menggunakan pencil.my

Hari          :  Khamis
Tarikh      :  19 Mei 2016
Masa        :  1.45 petang - 3.30 petang
Tempat      :  PSS SK Balun





MAKLUMAN - MESYUARAT DAN LADAP PENCIL.MY

Pemberitahuan LADAP akan dijalankan pada tetapan berikut:

Hari            :  Khamis
Tarikh         :  19 Mei 2016
Masa           :  1:45 petang
Tempat        :  PSS SK Balun
 *  Kehadiran anda adalah WAJIB. Anda dikehendaki membawa laptop sendiri.

ALBUM-GAMBAR SAMBUTAN HARI GURU

Diantara gambar yang telah diedit untuk tatapan warga SK Balun
Gambar yang lain tersimpan di dalam Google Drive SK Balun
yang bertajuk
Hari Guru 2016

Selfie

Ayu sungguh cikgu cikgu ni... hihihi

Semua guru-guru dikehendaki mendengar perutusan Sempena Hari Guru 2016

Bacaan Ikrar Hari Guru di Ketuai oleh Guru Besar SK Balun

Opsssss....! 
Masuk le bola....tak masuk malu le teman....

Hadiah Kek diterima oleh Guru Besar dari wakil Bank Rakyat

Cik Intan menunjukkan skill bola jaringnya....

Post menarik...... 1 2 3.....


SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SK BALUN 2016

Selamat Hari Guru untuk semua warga SK Balun.

Cenderahati diterima dari Kelab Guru SK Balun yang dipengerusikan
oleh En. Shahrol Azman bin Abdul Muttalib

Cenderahati ini telah disampaikan oleh YDP PIBG sesi 2016 iaitu
Encik Yazid bin Alias


Kiri: Guru Besar SK Balun. Tuan Haji Roslan bin Lee
Kanan: PK Pentadbiran : Puan Hajah Dalilah binti Mohd Salleh

Kiri: PK HEM: Puan Hajah Rahmah binti Nik
Kanan: PK KOKO. Encik Muhammad Nasir bin Hj Rasuli

Kiri:  Puan Aliza Irani binti Mohd Ali
Kanan:  Cik Intan Azira binti Salehudin

Kiri: Puan Nabila binti Mohd Rozali
Kanan: Puan Zalifah binti Ahmad

Kiri:  Encik Roshdi bin Muhammad
Kanan:  Puan Suwarni binti Mulyati

Kiri:  Encik Shahrol Azman bin Abdul Muttalib
Kiri:  Encik Shahir bin Busah

Kiri: Puan Raznah binti Ab Razak
Kanan:  Puan Rosliza binti Md Ramli

Guru yang tidak ada di dalam gambar di atas ialah :
Puan Salbiah binti Abdul Ghani
Puan Afida binti Ibrahim
Puan Nur Liyana binti Md Said

Kakitangan Sokongan SK Balun
Puan Aina Badariah binti Abdul Basit
Puan S. Esah
Puan Afidah binti Othman
Encik Muslim bin Ibrahim

MAKLUMAN SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SK BALUN

Untuk makluman para warga SK Balun, Sambutan Hari Guru 2016 akan disambut pada hari Isnin hanya berkuat kuasa 7.30 pagi sehingga 10.30 pagi sahaja. Selepas waktu itu guru-guru hendaklah menjalankan aktiviti PdP seperti biasa.

Tetapan Sambutan Hari Guru Peringkat SK Balun:

Hari            :  Isnin
Tarikh         : 16  Mei 2016
Masa          :  7.30 pagi hingga 10.30 pagi
Tempat       :  Kantin SK Balun

MAKLUMAN GOTONG ROYONG PERDANA PERINGKAT SK BALUN

Sempena Gotong Royong Perdana yang bakal di adakan. Dengan ini menjemput semua ibu bapa dan penjaga murid-murid SK Balun turut serta menjayakan aktiviti yang bakal diadakan kelak.  Tujuan gotong royong ini adalah untuk membersihkan dan menceriakan kawasan sekolah SK Balun.  Jika ada diantara para ibu bapa dan penjaga yang ingin menyumbangkan idea untuk menceriakan kawasan sekolah ini, amatlah dialu-alukan. Jemputlah beramai-ramai pada tetapan berikut:-

Hari               :  Sabtu
Tarikh            :  21 Mei 2016
Masa              :  8.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat           :  SK Balun

AKTIVITI- MAJLIS HARI LAHIR KALI 1/2016

Para Ibu bapa dan penjaga murid-murid PraSekolah juga menghadiri Majlis Hari Lahir anak-anak mereka. Majlis ini juga dihadiri oleh semua guru dan kakitangan SK Balun. Terima kasih di atas jemputan.

Pergi ke bendang membawa pulut,
Pulut di tanak bersama pandan,
Terima kasih kerana menjemput,
Perut kenyang selesa badan.

Guru Besar SK Balun
Tuan Haji Roslan bin Lee memberikan ucapan beliau.

Selamat Hari Lahir
Selamat Hari Lahir buat mu
Semoga menjadi anak yang soleh dan solehah

Murid-murid tidak sabar-sabar lagi ingin menikmati 
kesedapan kek yang comel di atas meja 

Cikgu Nabila ( Cikgu Pra Sekolah SK Balun)
tetap menjaga tingkah laku dan disiplin murid-muridnya


Terima kasih kepada
 YDP Pra Sekolah SK Balun iaitu Puan Zalifah binti Ahmad
kerana sudi untuk menyampaikan hadiah kepada murid-murid PraSekolah


MAKLUMAN JEMPUTAN KE MAJLIS HARI LAHIR KALI 1/2016

Semua Guru dan kakitangan SK Balun adalah dijemput untuk Memeriahkan Majlis Sambutan Hari Lahir Murid Pra Sekolah 2016

Hari              :  Rabu
Tarikh           : 11 Mei 2016
Masa             :  10.00 pagi
Tempat          :  Prasekolah Ixora SK Balun

MAKLUMAN MESYUARAT SEMPENA HARI GURU

Semua Guru dan Kakitangan SK Balun diminta menghadirikan diri ke Mesyuarat Sempena Hari Guru 2016

Hari             :  Selasa
Tarikh          : 10 Mei 2016
Masa            :  12.30 tgh
Tempat        :  Pusat Sumber SK Balun

PERASMIAN BULAN SAINS

Bulan Sains telah dirasmikan secara ringkasnya oleh Guru Besar SK Balun iaitu Tuan Haji Roslan bin Lee.  Murid-murid tahun 6 telah dijemput untuk menyampaikan lagu tentang pengawetan.

Hari       :  Isnin
Tarikh    :  9 Mei 2016
Tempat  :  Tapak Perhimpunan


Tuan Haji Roslan bin Lee 
Merasmikan Bulan Sains

 Acara Perasmian yang sederhana kerana minggu ini
adalah minggu peperiksaan 

Dalam lagu tersenarai nota nota penting untuk diingati

Terima kasih kepada Murid-Murid tahun 6 kerana
menyanyikan lagu yang bertajuk " Pengawetan"



KEM BESTARI SOLAT SIRI 1

Kem Bestari Solat ini telah dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam. Tujuan diadakan kem ini, untuk memastikan semua murid SK Balun, boleh melakukan aktiviti ibadah dengan cara yang betul dan tepat. Selain itu juga kem seperti ini boleh memantapkan keharmonian dan sahsiah diri murid.  Kem Bestari Solat ini telah dihadiri oleh murid-murid tahun 1 hingga tahun 5.

Hari                :  Sabtu
Tarikh             :  7 Mei 2016
Masa               :  8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat            : SK Balun

Murid-murid begitu gembira dan tekun mendengar taklimat daripada
guru yang bertugas.

Mempraktikkan apa yang telah dipelajari.

Murid-murid melakukan tugasan yang diberikan oleh guru dengan tekun

Pandang kanan..... 1 2 3 .... klik klik
Sungguh comel
Murid-murid ini di bawah bimbingan Ustazah Suwarni

AUDIO YASIN & AL-QURAN

YASSIN

Sila tunggu 15 saat utk audio bacaan boleh didengar

Download Surah Yassin

Download dalam bentuk MP3 di 4shared

1. Sheikh Mishary Rasheed Klik Sini

2. Ustaz Dzulkarnain Hamzah Klik Sini