MAKLUMAN- SOLAT HAJAT BACAAN YASSIN PERDANA

Hari   : Khamis
Tarikh: 25hb Ogos 2016
Tempat :  Masjid Kampung Balun
Masa    :  Selepas Solat Magrib

AKTIVITI AMBANG KEMERDEKAAN

Hari :  Rabu
Tarikh:  24 Ogos 2016
Tempat :  Tapak Perhimpunan






PROGRAM AMAN JAYA UPSR 2016

Unit Kurikulum Daerah Batang Padang telah mengadakan Program Amanjaya UPSR 2016, sebagai suatu usaha untuk meningkatkan pencapaian UPSR 2016.

Hari           :  Khamis
Tarikh       :  18  Ogos 2016
Tempat      :  Dewan Politeknik Sultan Azlan Shah
Masa         :   7.30 pagi hingga 5.00 petang

Tentatif:
7.30 - 8.00 PAGI PENDAFTARAN SARAPAN
8.00 - 8.30 MOTIVASI
8.30 - 10.30 PAGI BI KEFAHAMAN
10.30 - 11.00 PAGI KUDAPAN
11.00 PAGI - 1.00 TGHRI BI PENULISAN
1.00 - 2.30 PTG REHAT & SOLAT
2.30 - 4.30 PTG MATEMATIK
4.30 - 5.00 PTG MOTIVASI
 BERSURAI

SEMINAR YAPIEM

Tidak lama lagi murid murid senior di SK Balun akan  menghadapi Peperiksaan UPSR, pelbagai persediaan perlu diperkemaskan agar segala ilmu dapat di curahkan dengan sempurna. Dengan itu, murid-murid ini telah menghadirkan diri ke " Inspirasi UPSR Yapeim 2016" dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia. Moga segala yang diusahakan akan membuahkan pulangan yang baik.

Hari           :  Sabtu
Tarikh        :  13  Ogos 2016
Tempat       :  SM Vokasional, Slim River, Perak











MAKLUMAN - PEPERIKSAAN PRA PERCUBAAN UPSR KALI KE 2 2016

Semua murid hendaklah berada di dalam keadaan bersedia untuk menghadapi peperiksaan pada tetapan berikut:

Hari         :   Isnin   hingga Khamis
Tarikh      :   15 Ogos 2016 hingga 18 Ogos 2016
Tempat     :  Kelas Tahun 6
Masa       :  8.30 pagi - 12.00 tengahari

"BULATKAN TEKAD"
"SEMOGA BERJAYA"

SELAUTAN USAHA SEGUNUNG HARAPAN

Perang....! Perang..! Perang...! Persiapkan dirimu Perwira dan Srikandi SK Balun.  Saat dan ketika ini bukan lagi zaman bermenung dan asyik tenggelam dengan kecanduan bermain gajet gajet. Bangkitlah.... siapkan senjata ilmu yang tersemat di dada. Luahkan segala peluru dan senjata buah fikiranmu di dada kertas. Bangkitlah .....bangkitlah dari lena mu......Doa Kami guru guru mu ini, sentiasa mengiringi langkah langkah mu di perbatasan perang menghadapi UPSR. Teguhkan tekadmu.

Kelas Malam dikelolai oleh Cikgu Shahir bin Busah 
Hari: Isnin, Masa: 8.15 malam - 9.30 malam
Matapelajaran: Matematik


Kelas Malam dikelolai oleh Cikgu Aliza Irani binti Mohd Ali
Hari: Rabu, Masa 8.15 malam - 9.30 malam
Matapelajaran: Sains


PEPERIKSAAN MOCK TEST KALI KE 2

Hari           :  Selasa - Jumaat
Tarikh        :  9 Ogos 2016  - 12 Ogos 2016

" SELAMAT MAJU JAYA"

HADIAH MISTERI PENCETUS SEMANGAT

Langit dunia kelihatan cerah dan begitu indah pada pagi yang penuh barakah ini. Tuan Haji Roslan sebagai Guru Besar SK Balun yang terkenal dengan sikap pemurahnya telah menyampaikan "Hadiah Misteri dan penuh simbolik" kepada semua anak anak didik di tahun 6. Semoga dengan pemberian ini dapat mencetuskan semangat kepada anak-anak murid agar dapat belajar dan mentelaah dengan baik.

Hari       :  Isnin
Tarikh    :  8 Ogos 2016
Tempat  :  Tapak Perhimpunan
Adik Muhammad Faris bin Suhaifi
 berjaya mendapat 6A dalam Percubaan UPSR yang lalu

Adik Suraya binti Hassan
berjaya mendapat 6A dalam Percubaan UPSR yang lalu

Kejayaan ini juga turut dikongsi dengan semua rakan rakan di tahun 6
semoga anak anak murid yang lain dapat mencontohi kecemerlangan
mereka berdua.





"SEMOGA KEJAYAAN KEKAL MILIK KAMU SEMUA"

KLINIK- PECUTAN AKHIR UTK UPSR 2016

Hari :  Ahad
Tarikh :  7 Ogos 2016
Tempat :  KY Restaurant
Masa    :  8.00 pagi hingga 5.45 petang

Belajarlah dengan tekun.....insyaallah kejayaan milik kamu.

Luahkan segala kekeliruan dengan mengutarakan persoalan yang terbuku itu.





MERAIKAN KEHADIRAN MANTAN PK HEM

Terubat rindu anak anak didik SK Balun terhadap Mantan PK Hem iaitu Puan Hajah Rahmah binti Nik. . Pada hari ini juga adalah Hari Ulang Tahun Kelahiran beliau. Semoga panjang umur, sihat dan di murahkan rezeki. Kehilangan beliau dari SK Balun, sering kali menjadi pertanyaan dikalangan murid murid di sini. Pada hari ini, dinyatakan secara rasmi akan perpindahan Puan Hajah Rahmah ke Telok Intan atas kenaikan pangkat beliau selaku guru besar.  Apabila di hadapan mata mereka melihat kelibat Puan Hajah Rahmah meninggalkan SK Balun, fahamlah diminda mereka cikgu Rahmah tidak akan pulang lagi mengajar mereka di sini.  Tiada lagi pertanyaan dari mulut kecil mereka, 'Cikgu, mana Cikgu Rahmah? Kenapa lama tak nampak?..... Semoga Kak Rahmah terus berjaya. Selamat Hari Lahir Cikgu Rahmah.

Hari          :   Jumaat
Tarikh       :  5 Ogos 2016
Tempat      : Kantin SK Balun
Masa          :  11.30 pagi















LAWATAN SAMBIL BELAJAR PERINGKAT PRA SEKOLAH

Cikgu Nabilah telah merancang untuk mengadakan lawatan Sambil Belajar untuk anak-anak  muridnya di Pra Sekolah.  Cikgu Nabilah telah dibantu oleh Pembantu Pra Sekolah iaitu Puan Afidah binti Othman.

Hari   :  Khamis
Tarikh :  4  Ogos 2016
Tempat  :   Kilang Roti Gardenia, Shah Alam
                  I-city Shah Alam








SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT PRA SEKOLAH SK BALUN

Cikgu Nabilah dan pembantunya bertungkus lumus untuk menyiapkan Jamuan untuk anak anak Pra Sekolah.


Hari       :  Rabu
Tarikh    :  3 Ogos 2016
Tempat  :  Pra Sekolah















AUDIO YASIN & AL-QURAN

YASSIN

Sila tunggu 15 saat utk audio bacaan boleh didengar

Download Surah Yassin

Download dalam bentuk MP3 di 4shared

1. Sheikh Mishary Rasheed Klik Sini

2. Ustaz Dzulkarnain Hamzah Klik Sini