SELAMAT DATANG TUAN

Pagi ini terlalu hening untuk dikabarkan keindahannya. Bunyi unggas juga tidak kedengaran. Sayup terdengar tap tup tap tup bunyi sepatu yang jelas lain iramanya di gegendang telinga. Tetamu yang berkaca mata,berkumis nipis menampakkan lagi personalitinya, meleret senyuman. Apa perlu dilakukan? Perlukah membalas senyuman itu? Perlukah lari? ..... Arggh yang penting aku telah agak dewasa untuk menghadapi situasi ini. Senyum itu sedekah, alhamdulillah... ia menjadi permulaan yang agak baik. Assalamualaikum Tuan. Tuan Osman Bahari menjejakkan kakinya ke SK Balun pagi ini. Terjawab sudah persoalanku kemana perginya unggas unggas desa di taman ilmu ini.... hihihi.... jangan marah....

Hari          :  Khamis
Tarikh      :  19 Januari 2017
Tempat     :  SK Balun
Masa        :  Pagi






ALBUM KEM PEMANTAPAN JATI DIRI 20-21/1/2017 PART 3

Potret berbicara....









ALBUM - KEM PEMANTAPAN JATI DIRI 20-21/1/2017 PART 2

Potret berbicara





KEM PEMANTAPAN JATI DIRI 20-21/1/2017 PART 1

Kem telah diadakan di Kolej Ungku Omar, Universiti Perguruan Sultan Idris.  Kem ini telah dikelolakan oleh para pelajar UPSI. Kem ini telah dihadiri oleh Sekolah Kebangsaan Balun seramai 27 orang murid dan Sekolah Kebangsaan Seri Besout seramai 76 orang murid.

Tujuan kem ini diadakan adalah untuk memantapkan jati diri murid murid sekolah khasnya kepada Para Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Pihak UPSI yang telah mengadakan dan mengelolakan Kem ini dengan jayanya.

Hari             :         Jumaat - Sabtu
Tarikh          :        20 hingga 21 Januari 2017
Tempat        :         Kolej Ungku Omar, Universiti Perguruan Sultan Idris.












HAIWAN IMAGINASIKU TAHUN 4

Tugasan murid adalah menghasilkan haiwan imaginasi mereka. Haiwan tersebut hendaklah mempunyai ciri ciri khas dan tingkah laku khas semasa melindungi dirinya dari ancaman musuh ataupun cuaca yang melampau.

Murid dikehendaki menceritakan tentang haiwan imaginasinya dengan menyatakan ciri ciri khas yang diperolehi oleh haiwan imaginasi mereka itu.


Hari           :  Jumaat
Tarikh        :  20.1.2017
Tempat      :  Kelas Tahun 5
Masa         :  11.20 pagi   -  11.50 pagi












PERJUMPAAN DENGAN IBUBAPA KALI PERTAMA

Khas untuk kecemerlangan murid-murid tahun 6 2017

Hari         :  Khamis
Tarikh      :  19. 1.2017
Tempat    :  Pusat Sumber SK Balun
Kehadiran:
1.  Guru Besar SK Balun. Tn. Hj. Roslan bin Lee
2.   Penolong Kanan Kurikulum. Puan Khairiah binti Nawawi
3.   Ibu bapa dan penjaga murid murid Tahun 6
4.   Guru Subjek teras tahun 6















AUDIO YASIN & AL-QURAN

YASSIN

Sila tunggu 15 saat utk audio bacaan boleh didengar

Download Surah Yassin

Download dalam bentuk MP3 di 4shared

1. Sheikh Mishary Rasheed Klik Sini

2. Ustaz Dzulkarnain Hamzah Klik Sini