Gerhana Matahari Separa boleh dilihat pada hari ini bermula pada 7.25 pagi dan berakhir pada 9.30 pagi. Waktu puncak gerhana boleh dilihat pada 8.25 pagi. Gerhana matahari ini hanya berlaku seketika sahaja. Langit dunia kelihatan gelap, suasana siang seperti malam. Umat Islam dituntut untuk mengadakan solat sunat sempena Gerhana Matahari. Ia memberi keinsafan tentang kedatangan hari kiamat agar kita sentiasa memohon ampun kepada Allah.
Tarikh : 9 Mac 2016 (29 Jamadil Awal 1437)
Tempat : Masjid Kampung Balun
Cikgu Zalifah bersama-sama anak-anak murid perempuan melakukan
solat sempena gerhana matahari.
Gerhana Matahari membawa wardah keinsafan kepada umat manusia yang berfikir.
Barisan para guru menghayati dan mendengari dengan teliti kutbah gerhana matahari
dengan tekun dan penuh penghayatan.
Imam Masjid Kampung Balun iaitu Encik Ashid bin Ali mengetuai
Solat Gerhana Matahari pada hari ini.
"Semoga kejadian Gerhana Matahari ini membenihkan rasa keinsafan pada diri setiap insan."
Mati itu benar, soalan nungkar nangkir dalam kubur adalah benar, bangun dari kubur adalah benar, berkumpul dan berhimpun dipandang mahsyar adalah benar, syurga dan neraka adalah benar.
Bersediakan anda...... menghadapi kebenaran?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan