PERJUMPAAN GURU-GURU TAHUN 6 PENENTUAN KPI UPSR 2016

Tuan Haji Saaidin bin Ardi memberikan ceramah tentang penentuan KPI UPSR 2016. Penentuan  Sasaran adalah amat penting untuk memacu kejayaan SK Balun.

Hari         :  Khamis
Tarikh     :  21 Januari 2016
Masa       :  10:30 pagi - 11.0 pagi
Tempat    :  PSS SK Balun





MAJLIS PERJUMPAAN IBU BAPA/ PENJAGA MURID TAHUN 6

Majlis ini telah dihadiri oleh ibu bapa dan penjaga yang menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap kecemerlangan anak-anak mereka. Pihak sekolah SK Balun mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan yang ditunjukkan oleh setiap keluarga yang hadir. Dengan izin Allah, tahun ini pasti SK Balun mencetuskan Sejarah Baru di sekolah apabila ada di antara anak didik ini mendapat 6A dalam UPSR 2016.

Hari          :  Rabu
Tarikh      :  20  Januari
Tempat     :  Kelas Tahun 6
Masa        :  10.30 pagi hingga 12.00 tengahari




MENGUNSI BANGUNAN

Aktiviti Mengunsi Bangunan adalah salah satu acara yang wajib dilakukan di setiap sekolah. Aktiviti ini mendidik murid-murid dan seluruh warga sekolah cara menyelamatkan diri semasa berlakunya perkara yang tidak diingini seperti kebakaran. Pihak bomba memuji warga SK Balun keseluruhannya kerana dapat berada di padang sekolah  kurang daripada masa yang ditetapkan.

Hari           :  Selasa
Tarikh        :  18 Januari 2016
Masa         :  9.30 pagi
Tempat      :  Padang SK Balun





MIKROORGANISMA ITU BERNAFAS - TAHUN 6

Aktiviti ujikaji tahun 6. Mengenai keperluan asas mikroorganisma. Mikroorganisma ada benda hidup. Oleh sebab itu mikrooganisma juga perlukan keperluaan asas seperti udara, nutrien, tempat tinggal, keasidan, makanan dan juga minuman. Murid-murid membuat ujikaji terhadap Yis. Mereka melihat doh yang diuli mengembang setelah 30 minit dibiarkan. Seterusnya...... Jadilah Donat.

Hari    :    Selasa
Tarikh  :    19 Januari 2016
Masa    :     2.40 petang  hingga 5.00 petang
Tempat :   SK Balun


EKSPERIMEN ROKET AIR - TAHUN 5

Murid-murid tidak sabar lagi untuk menguji roket air yang telah direka oleh mereka.

Hari      :   Isnin
Tarikh  :    18 Januari
Masa     :   11.20 pagi -  11.50 pagi


JAMUAN PERPISAHAN

Jamuan Perpisahan dengan Mantan Guru Besar SK Balun iaitu Encik Muhd. Nahar bin Kahar. Bertempat di Restoran Tomyam House Slim River. Terima kasih Cikgu Nahar atas segala tunjuk ajar yang diberikan. Semoga lebih menempa kejayaan di tempat bertugas yang baharu.

Hari     :  Sabtu
Tarikh :   16 Januari 2016
Masa   :   12.30 tengahari


LADAP - BENGKEL PENGURUSAN FAIL PANITIA

Bengkel Ladap ini dihadiri oleh Guru-guru dan Kakitangan SK Balun
Ceramah Ladap ini telah disampaikan oleh Mantan Guru Besar SK Balun
iaitu En. Muhd Nahar bin Kahar.

Hari  :  Sabtu (16 Januari 2016)
Masa:   8.30 pagi - 12.00 tengahari


AKTIVITI MURID TAHUN 6

Murid tahun 6 membuat eksperimen tentang pengembangan udara.

Hari     :  Rabu
Masa  :  7.30-8.30 pagi
Tempat:  Padang SK Balun







MESYUARAT AGONG PEMILIHAN AJK UNIT KOKURIKULUM TAHUN 2016

Semua Guru Penasihat dan juga murid-murid di wajibkan menghadirkan diri ditetapan berikut:
Hari   : Rabu
Tarikh:  13 Januari 2016
Masa :  2.00 petang - 4.30 petang

AUDIO YASIN & AL-QURAN

YASSIN

Sila tunggu 15 saat utk audio bacaan boleh didengar

Download Surah Yassin

Download dalam bentuk MP3 di 4shared

1. Sheikh Mishary Rasheed Klik Sini

2. Ustaz Dzulkarnain Hamzah Klik Sini