PERASMIAN PROGRAM PELANCARAN NILAM 2016

Program Nilam pada hari ini telah dirasmikan oleh Puan Hajah Dalilah binti Mohd Salleh (PK1 SK Balun). Matlamat Program ini diadakan adalah untuk membina tabiat membaca yang berkekalan di kalangan murid-murid SK Balun.

Hari            : Isnin
Tarikh         : 29 Februari 2016
Tempat       :  Tapak Perhimpunan SK Balun











PROGRAM HI-TEA SK BALUN 2016

Program ini diadakan bertujuan untuk meraikan anak-anak yatim di sekitar Slim River.

Tarikh    :  26 Februari 2016
Hari        :  Jumaat
Masa      :  3.30 petang - 6.00 petang

Gambar Kenangan Bersama-sama Artis Jemputan 
En. Ropie dan En. Yazid Sejati

Kenangan Hi-tea 2016


Terima kasih dan ucapan penghargaan
 kepada semua para penyumbang dana di dalam
menjayakan program ini. 







PROGRAM KESIHATAN GIGI

Program Kesihatan Gigi telah diadakan di PraSekolah SK Balun. Pihak Klinik Kesihatan Slim River telah memberikan taklimat kesihatan gigi dan mengajar murid-murid cara membersihkan gigi mereka dengan cara yang betul.

Hari              :  Rabu
Tarikh          :  17 Februari 2016
Tempat         :  PraSekolah SK Balun




PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT

Program Gaya Hidup Sihat ini telah dianjurkan oleh gabungan beberapa Panitia di SK Balun. Pelbagai maklumat dapat di sampaikan di dalam Program yang ringkas dan padat ini. Terima kasih kepada semua peserta dan guru-guru yang menghadirkan diri.

  Hari         :   Jumaat
  Tarikh     :   5 Februari 2016
  Tempat    :   Pusat Sumber Sekolah ( murid perempuan  tahun 1-6)
                       Kelas Tahun 4              (murid lelaki tahun 1-6)





KURSUS JATI DIRI 2016

Pihak Sekolah SK Balun telah menjalankan Kursus Jati Diri  2016. Secara ringkasnya objektif kursus ini di adakan adalah untuk memantapkan jati diri murid dalam kepimpinan. Kursus ini dihadiri oleh Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas.

Hari      :  Sabtu
 Tarikh  :  30 Januari 2016
Tempat :  SK Balun


Penyertaan Sepaktakraw Peringkat

Pihak SK Balun telah menghantar murid-murid untuk menyertai Pertandingan Sepaktakraw . Tujuannya untuk memberikan pendedahan kepada murid tatacara pertandingan Sepaktakraw.
Tarikh:  30 Januari 2016
Hari    :  Sabtu
Tempat:  Dewan SMK Kruit, Sungkai Perak
Murid yang terlibat :
1.  Muhammad Zamir bin Zainuddin          (Tekong)
2.  Muhammad Nafis bin Mohd Nawawi    (Apit Kanan)
3.  Muhammad Aidil Hakimi bin Zaidun    (Apit Kiri )
4.  Muhammad Syabil Naufal bin Zainuddin(Gantian)
Guru Pengiring       :  En. Shahir bin Busah






AUDIO YASIN & AL-QURAN

YASSIN

Sila tunggu 15 saat utk audio bacaan boleh didengar

Download Surah Yassin

Download dalam bentuk MP3 di 4shared

1. Sheikh Mishary Rasheed Klik Sini

2. Ustaz Dzulkarnain Hamzah Klik Sini