CERAMAH SEMPENA 1 MUHARRAM

Sempena menyambut 1 Muharram, akan di adakan ceramah ringkas, pada tetapan berikut:

Hari         :  Jumaat
Tarikh     :  30 September 2016
Masa       :  7.45 pagi
Tempat    :  Kantin SK Balun
Anjuran   :  Persatuan Agama Islam SK Balun

ALBUM - HARI USAHAWAN 2016

Ku biarlah potret berbicara.........

















HARI USAHAWAN PERINGKAT SK BALUN 2016

Hari ini mencatat sejarah tersendiri, apabila murid-murid SK Balun didedahkan dengan perniagaan kecil-kecilan. Harapan agar usaha ini dapat diteruskan dan mencetuskan minat di dalam diri murid-murid agar memotivasikan diri untuk menjadi ahli perniagaaan apabila dewasa kelak.

Hari      :  Sabtu
Tarikh   :  24 September 2016
Masa    :  8.00 pagi - 11.30 pagi
Tempat :  SK Balun


Ceria dalam kepenatan. Di hadapan Kedai Aiskrim.

Kumpulan: ZAFIZA MUSLIM STALL
(aikkkk....terselit si tudung kuning ??? hihihi)

Kak S.Esah dan Kak Aina berganding bersama MELETOP jualan.
Kacang kuda...Kacang kuda.... marilah beli
nanti boleh lari laju macam kuda.....mari mari mari...... 

Ustaz Roshdi dan Ustazah Suwarni menyiapkan tempat perniagaan.

Cikgu Nabilah, awatnya encik baju merah tu kat situ?
Takpe....tolong menolong amalan mulia.
Terima kasih Encik Muslim (encik baju merah) 
Gandingan mantop antara ustaz dan ustazah.... 
(Kaksu ....cer senyum sikit. Ustaz ni taknak pandang kameralah...)

Cikgu Afida dan Cikgu Aliza.....
 bergambar-bergambar juga...nanti rentung masakkan tu...

Cikgu Zalifah "in the house"

cerita 1

cerita 2

Cerita 3

-kenangan terpahat di tanggal ini.... 24 September 2016-

- SEMOGA BERJUMPA LAGI DI TAHUN HADAPAN-
karnival usahawan berakhir dengan baik dan tepat 
pada masa yang ditetapkan
ucapan terima kasih dan tahniah kepada
semua yang memberikan kerjasama secara langsung 
ataupun tidak langsung
" Hanya Allah sahaja membalasNya "
Sekian, terima kasih

Tuai padi antara masak
esok jangan layu layuan
intai kami antara nampak
esok jangan rindu rinduan

-salam ukhwah, jumpa lagi-

SYABAS, TAHNIAH CIKGU

Hari ini telah menjadi sejarah buat cikgu Salbiah dan Cikgu Nasir serta Mantan PK HEM SK Balun iaitu Cikgu Rahmah atas pentauliahan Ijazah di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI). Segala jerih perih menuntut ilmu telah dibalas dengan segenggam Ijazah yang diidamkan selama 4 tahun pengajian.

Selamat Maju Jaya Cikgu 

SELAMAT DATANG

Hari ini di SK Balun telah dihadiri oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid yang baru. Beliau ialah Ustaz Ujud bin Sindut. Selamat Datang di ucapkan daripada kami seisi keluarga SK Balun.




MAKLUMAN - HARI KEUSAHAWANAN

Semua murid dan kakitangan SK Balun terlibat dengan hari keusahawan yang bakal diadakan pada tetapan berikut:

Hari            :  Sabtu
Tarikh         :  24 September
Masa           :  8.30 pagi - 11.30 pagi
Tempat       :  Garaj Kereta SK Balun

"Semua Warga SK Balun & Ibubapa serta Penjaga  Di jemput Hadir"

AKTIVITI -PUTERI ISLAM

Persatuan Puteri Islam dari SK Balun menghantar wakil ke Karnival Puteri Islam di SMK Seri Bidor pada Hari Jumaat yang telah lalu.

Hari          :  Jumaat
Tarikh       :  9 September
Masa        :  2.30 petang
Tempat     :  SMK Seri Bidor
Guru Pengiring :  Puan Suwarni, Puan Afida, Puan Salbiah dan Puan Aliza Irani.












SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT SK BALUN 2016

Sambutan Kemerdekaan telah disambut oleh SK Balun pada tetapan berikut:

Hari               :  Jumaat
Tarikh           :   9 September 2016
Masa             :   9.30 pagi
Tempat          :  Kantin SK Balun

AUDIO YASIN & AL-QURAN

YASSIN

Sila tunggu 15 saat utk audio bacaan boleh didengar

Download Surah Yassin

Download dalam bentuk MP3 di 4shared

1. Sheikh Mishary Rasheed Klik Sini

2. Ustaz Dzulkarnain Hamzah Klik Sini